SK RUMINDING TOP TEN ANUGERAH SERASI HARAPAN PERINGKAT NEGERI SABAH SESI 2017/18

Pemandangan Sk Ruminding dari udara

Guru Besar menerima hadiah dan sijil kemenangan SERASI

SYABAS dan tahniah !!!

SK Ruminding berjaya meraih anugerah SERASI HARAPAN peringkat negeri Sabah di kalangan sepuluh terbaik pada Majlis Anugerah SERASI peringkat negeri Sabah bertempat di Auditorium JKKN Sabah,pada 23 Oktober 2018 yang lalu.

Berita yang paling menggembirakan itu diumumkan sendiri oleh Guru Besar, En. Sani Brandi di hadapan para guru dan semua murid dalam majlis perhimpunan mingguan sekolah setelah mendapat makluman awal dari pihak penganjur iaitu Jabatan Alam Sekitar Sabah.

Lebih membanggakan walaupun baru penyertaan pertama, SK Ruminding Berjaya masuk dalam kelompok sepuluh terbaik daripada 75 buah sekolah yang bertanding seluruh negeri Sabah dalam kategori yang sama.

Guru Besar dalam ucapannya melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga serta mengucapkan syabas,tahniah dan terima kasih terutamanya kepada semua guru dan murid,kakitangan sekolah,PIBG semua penduduk Kg. Ruminding,Tiku dan Pinahawon, JPN Sabah, PPDKK dan terutamanya pihak Jabatan Alam Sekitar Sabah di atas segala khidmat bantu dan pengorbanan sama ada dalam bentuk wang ringgit , tenaga, kepakaran dan material yang disumbangkan sepanjang kempen tersebut yang bermula sejak Ogos 2017 lagi.

Sekali lagi diucapkan syabas dan tahniah kepada semua…dan semoga kita akan memperoleh kejayaan yang lebih gemilang lagi selepas ini..tambah beliau lagi.

Guru Besar, En. Sani Brandi

Sijil kemenangan Serasi

Guru Besar dan Penyelaras Serasi bersama Pegawai Penilai Serasi dari Jabatan Alam Sekitar Sabah

Pemandangan Sk Ruminding dari udara

Spread the love

Be the first to comment on "SK RUMINDING TOP TEN ANUGERAH SERASI HARAPAN PERINGKAT NEGERI SABAH SESI 2017/18"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*