SUKANTARA 2019 SMK SANZAC

SUKANTARA SMK SANZAC 2019

Tarikh: 8 Januari 2019 (SELASA)

Tempat: PADANG SEKOLAH DAN DEWAN TERBUKA

Penganjur: UNIT KOKURIKULUM SMK SANZAC

Peringkat: Sekolah

Acara sukantara SMK SANZAC bermula awal pada tahun ini bagi memudahkan guru-guru untuk memilih atlit bagi Sukan Tahunan pada tahun ini. Sukantara bagi sidang pagi bermula pada pukul 6.50 pagi hingga 12.30 tengah hari, manakala acara sukantara bagi sidang petang berlangsung pada pukul 1.30 hingga 5.00 petang. Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh SZC Dance-robic Team di dewan terbuka. Kemudian, murid-murid bergerak mengikut rumah sukan masing-masing ke tempat acara diadakan. Aktiviti “Jaringan Bola Jaring” diadakan di dewan terbuka, manakala empat acara lain berlangsung di padang sekolah iaitu “Sepak Penalti”, “Servis Bola Tampar”, “Lompat Tinggi” dan “Lontar Peluru”.

Keputusan kutipan markah terkumpul setiap rumah sukan diumumkan di akhir acara oleh AJK Statistik.

Tempat pertama diungguli oleh Rumah Temenggung.

Berikut merupakan keputusan rasmi Acara Sukantara SMK SANZAC 2019 :

Tempat Pertama : Rumah Temenggung (574 mata)
Tempat Kedua : Rumah Bendahara (558 mata)
Tempat Ketiga : Rumah Raja (557 mata)
Tempat Keempat : Rumah Laksamana (554 mata)
Tempat Kelima : Rumah Syahbandar (498 mata)

Secara keseluruhan, Acara Sukantara SMK SANZAC berjalan lancar dan mendapat sambutan dan kerjasama yang amat baik dan menggalakkan dari semua guru dan murid.

Unit Kokurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan Sukantara 2019.

Be the first to comment on "SUKANTARA 2019 SMK SANZAC"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar