November 10, 2018

Taklimat Ibu Bapa/Penjaga Pelajar Baharu 2019

Perjumpaan ini diadakan di Dewan Father John Yong SMJK Shan Tao bermula seawal 7.30 pagi. Program ini diadakan agar bakal pelajar-pelajar SMJK Shan Tao, ibu bapa atau penjaga mereka dapat mengetahui serba sedikit mengenai sekolah, budaya sekolah, tentang pendaftaran pelajar baharu yang akan diadakan pada 12 Nov 2018 iaitu Isnin ini. Para pelajar dan ibu bapa serta penjaga juga diperkenalkan dengan guru kelas serta guru mata pelajaran tingkatan 1 2019.


Gotong Royang & Mesyuarat Agung Koperasi

Jumaat, 9 Nov 2018, telah diadakan gotong royong di seluruh kawasan sekolah seperti kelas-kelas, bilik guru, bilik-bilik khas, kantin-kantin, dewan sekolah serta sekitar padang dan laman sekolah. Perhimpunan terakhir diadakan selepas gotong royong. Program diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung Koperasi sekolah.


Skip to toolbar