3 Program Sehari SMJK Shan Tao

Sabtu 27 Oktober 2018, 2 program diadakan serentak pada sebelah pagi iaitu Program Jalinan Kasih dan Karnival Kokurikulum 2018 yang melibatkan semua warga Shan manakala pada waktu petang telah berlangsung ‘Annual Lunch’ yang hanya melibatkan kakitangan Shan sahaja.

Program Jalinan Kasih telah diadakan di Dewan Father John Yong, melibatkan serama 62 orang murid serta ibubapa mereka. Program ini adalah sesi bertemu ibu bapa murid yang mempunyai masalah akademik dan sahsiah.

Karnival Kokurikulum pula diadakan di padang sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pertandingan bola jaring ‘3 on 3’, bola keranjang ‘3 on 3’, tarik tali, pertandingan kawad unit beruniform, persembahan berirama seni mempertahankan diri, pameran oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Balai Sembulan, Pertandigan Kior Berirama, Busking dan Karaoke. Semua aktiviti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.

Pada sebelah petang ‘Annual Lunch’ diadakan di Hotel Sabah Oriental bagi meraikandan menghargai segala usaha dan penat lelah semua kakitangan Shan pada tahun ini. Program ini juga dihadiri oleh Pengerusi PIBG SMJK Shan Tao, En.Peter Lo

Be the first to comment on "3 Program Sehari SMJK Shan Tao"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish
Skip to toolbar