Naib Johan Kuiz ‘Mental Health Explorace’ SMK Inanam

25 Oktober 2018 – SMK Inanam telah muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Kuiz ‘Mental Health Explorace’ peringkat Zon Kota Kinabalu dan Penampang. Johan pertandingan ini telah dimenangi oleh SMK Datuk Peter Mojuntin, manakala tempat ketiga pula telah dimenangi oleh SMK Limbanak. Pertandingan anjuran Hospital Mesra Bukit Padang dengan kerjasama Badan Kebajikan Psikiatrik Sabah ini, telah diadakan di Dewan Refflesia, Hospital Mesra Bukit Padang. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar tingkatan 3 iaitu adik Siti Nurhazurah Ramanus, Jechintha Clara Johnny dan Azniaizah Asan. Tahniah!

Sumber : Pn. Norlida Abdullah, Guru Pengiring

Be the first to comment on "Naib Johan Kuiz ‘Mental Health Explorace’ SMK Inanam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish
Skip to toolbar