Duta SMK Inanam Ke Jepun

Pada 24 Oktober 2018, 3 orang pelajar SMK Inanam dan seorang guru Bahasa Jepun iaitu En. Ng Keam Kee, telah bertolak ke Jepun sempena program integrasi bersama Nakajima Junior Secondary School. Pelajar tersebut ialah adik Mohd. Syaik (14) , Nurhazirah Jasmi(15) dan Nuranisa Musli(15) yang merupakan pelajar yang mengambil subjek Bahasa Jepun di sekolah ini. Program ini merupakan program tahunan, di mana Nakajima Junior Secondary School menaja tiket penerbangan pelajar dan guru pergi ke sana dan mereka juga telah mengadakan lawatan ke SMK Inanam pada bulan April yang lalu. Antara pengisian program ialah lawatan, sesi mengenali budaya Jepun dan tinggal bersama keluarga angkat. Mereka akan bertolak pulang ke Sabah pada 28 Oktober 2018. Semoga mereka beroleh pengalaman yang bermakna untuk dikongsi bersama seluruh warga sekolah.

Be the first to comment on "Duta SMK Inanam Ke Jepun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish
Skip to toolbar