Aisya Sofea rangkul Johan Nilam Kategori BI Sekolah Rendah Luar Bandar.

Adik Aisya Sofea Ajie Prasastie dari SK Inanam Dua berjaya merangkul Johan Kategori Nilam Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Luar Bandar daerah Kota Kinabalu. Adik Aisya Sofea akan mewakili Daerah Kota Kinabalu ke peringkat bahagian barat pada awal tahun hadapan.

Kemenangan adik Aisya Sofea bukan sahaja diukur melalui bilangan buku yang dibaca  tetapi ianya juga menilai tahap pencapaian adik Aisya Sofea di luar bilik darjah sehingga ke peringkat tertinggi yang pernah disertainya. Selain itu, penilaian juga turut melibatkan ujian penulisan, ujian lisan individu dan Ujian Lisan berkumpulan (forum).

Seorang lagi wakil dari SK Inanam Dua,  Wan Khadijah Wan Mohd Fatihil Kamal mendapat tempat ketiga Nilam Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah Luar Bandar.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of