SMK Inanam Johan Pertandingan ‘Smart Green City’

Pada 2 Oktober 2018, Pusat Pengurusan Ecocampus, UMS telah menganjurkan pertandingan ‘Smart Green City’ sempena program Hari Tanpa Kenderaan atau ‘Car Free Day’ bertempat di Perpustakaan UMS. Pertandingan ini telah disertai oleh sekolah-sekolah di sekitar Kota Kinabalu dengan penyertaan 20 pelajar setiap sekolah.

Setiap kumpulan dengan ahli seramai 5 orang, dikehendaki menghasilkan model ‘Smart Green City’ dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula. Dalam pertandingan ini, satu kumpulan dari SMK Inanam telah muncul sebagai johan. Tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh SMK Bandaraya, manakala tempat keempat dimenangi oleh SMK Tebobon.

Be the first to comment on "SMK Inanam Johan Pertandingan ‘Smart Green City’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish
Skip to toolbar