PUTERI GOLF SMK INANAM LAKAR SEJARAH

Puteri Golf SMK Inanam, Nabilah Binti Alifuddin, 14, melakar sejarah apabila menjadi Juara dalam Kejohanan Grand Final Golf KPM yang berlangsung di Royal Pahang Golf Club pada 24 hingga 25 Sepetember 2018. Pemain muda ini telah menewaskan persaing utamanya Kathiyani dari Selangor dan Savitta dari Kedah.

 

Berbekalkan kelebihan mata dari dua Kejohanan Siri 1 di Perak dan Siri ke 2 di Selangor, Nabilah bermain dengan penuh keyakinan dalam pusingan akhir yang berlangsung di Royal Pahang Golf Club. Kejayaan ini merupakan detik paling manis dalam hidupnya kerana menjuarai Kejohanan kali ini apabila terlepas gelaran juara pada tahun lalu dalam kejohanan yang sama dengan sekadar merangkul Naib Johan.

Kegembiraan itu turut dirasai oleh pasukan Lelaki Sabah yang menjuarai katogeri Lelaki Berpasukan dengan mengalahkan Johor dan Selangor. Tahniah dan syabas buat Nabihah dan Jurulatihnya En. Alifuddin Yousof.

Sumber : En. Alifuddin Yousof

Be the first to comment on "PUTERI GOLF SMK INANAM LAKAR SEJARAH"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar