PERKHEMAHAN PERDANA SMK INANAM DI ODEC, UMS

Pada 21 hingga 23 September 2018, Unit Kokum SMK Inanam telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform bertempat di ODEC, UMS. Seramai kira-kira 150 pelajar dan 50 guru terlibat dalam perkhemahan ini. Walaupun cuaca kurang baik pada hari pertama, namun perkhemahan berjalan dengan lancar hingga hari terakhir.

 

Aktiviti yang dijalankan pada hari pertama ialah ice breaking dan kembara malam. Manakala pada hari kedua pula, aktiviti yang dijalankan ialah mendaki, pertandingan explorace, masakan rimba, memasang khemah dan halangan komando. Pada sebelah malamnya diadakan ceramah dan malam kebudayaan. Pada hari ketiga, aktivti yang dijalankan ialah kebersihan tapak perkhemahan dan majlis penutupan.

Turut terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM). Terima kasih kepada semua pihak yang teerlibat dalam perkhemahan unit beruniform pada tahun ini.

Be the first to comment on "PERKHEMAHAN PERDANA SMK INANAM DI ODEC, UMS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar