SENARAI SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN (SBK)

MEMOHON SENARAI SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN (SBK) BAGI TUJUAN PENYELARASAN PERUNTUKAN TABUNG PENYELENGGARAAN SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2018
– Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Mubaligh
 
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.
 
02.    Sebagai makluman, Jabatan akan menyelaraskan permohonan peruntukan tabung penyelenggaraan daripada semua Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di negeri Sabah. Antara skop kerja yang dibenarkan adalah :
 
i. Kerja-kerja penyelenggaraan kecil bangunan sekolah
ii. Kerja-kerja naiktaraf/ubahsuai kecil
iii. Pendawaian elektrik
iv. Pembasmian anai-anai
 
03.    Sehubungan itu, pihak tuan adalah dimohon untuk memanjangkan surat ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah bantuan kerajaan di daerah masing-masing untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Senarai permohonan tersebut hendaklah dikemukakan ke pejabat ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 17 September 2018 (Isnin). Kegagalan dan kelewatan pihak tuan mengemukakan senarai sekolah yang memerlukan peruntukan penyelenggaraan ini, sekolah tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk diturunkan peruntukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
04.    dilampirkan format pengisian permohonan peruntukan tabung khas penyelenggaraan sekolah bagi Sekolah Bantuan Kerajaan untuk tahun 2018 (Lampiran B). Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Efendi Sumabi ditalian 088-537010 sambungan 7530.

Attachments

Be the first to comment on "SENARAI SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN (SBK)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish
Skip to toolbar