Majlis penyerahan 1200 meja dan 500 akaun ‘e-paper’ Sin Chew telah berlangsung di Dewan Father John Yong SMJK Shan Tao bermula jam 8.30-9.30 pagi. YB Chan Foong Hin, Ahli Parlimen N.172 Kota Kinabalu telah bermurah hati untuk menyerahkan 1200 meja dan 500 akaun ‘e-paper’ Sin Chew agar murid-murid SMJK Shan Tao dapat belajar dalam keadaan yang kondusif dan dapat melaksanakan PAK21. Beliau juga berharap agar murid-murid merujuk sumber yang boleh dipercayai semasa mencari maklumat secara atas talian. Warga Shan amat menghargai pemberian ini dan akan menggunakannya sebaik mungkin. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah YB Tan Lee Fatt ADUN N.14 Likas, Datuk Henry Hing selaku Pengerusi Lembaga Pgurusan, Encik Peter Low, Pengerusi PIBG, Cik Sharon Chong, Pengurus Wilayah Sin Chew Daily, Encik Lee Shaw Yun, Editor Sin Chew Daily dan ramai lagi.

Please follow and like us:

Leave a Reply