PENYERTAAAN PROGRAM PETROSAINS ROBOTIX CHALLENGE PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

PENYERTAAAN PROGRAM  PETROSAINS ROBOTIX CHALLENGE  PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
PERKARA KETERANGAN
Nama program Petrosains Robotix Challenge 2018
Tarikh 11 – 12 Ogos  2018
Masa 7.00 – 4.30 petang
Peringkat Kebangsaan
Pengelola/penganjur Petrosains Sdn Bhd
Matlamat Penyertaan adalah selaras dengan aspirasi untuk memartabatkan Pendidikan Sains, Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan (STEM) dengan memfokuskan kepada melahirkan murid yang menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Objektif i.       Membina asas kukuh dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Teknologi, Rekacipta dan ICT.

ii.      Merangsang kreativiti murid menyelesaikan masalah.

iii.     Menggalakkan inovasi dalam kalangan murid S.K Inanam Laut.

Tempat Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 , Shah Alam
Personalia/ahli yang terlibat Seorang murid

– Mohamad Izzul Iman B Mohd Ishak

– Aimand Danish B Mohd Nozi Ratno

 

Seorang guru

– Siti Maria Binti Lasang

Penyelaras KBAT

 

Bapa peserta

Mohd Ishak Amir Hussien

– penasihat teknikal pasukan

 

Perbelanjaan

 

* Rujuk Lampiran 1

Sumber Kewangan Sumbangan
Pendekatan/Pengisian i.       Murid  menghadiri klinik robotik mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Petrosains.

ii.      Ujian litar Robotracer di Kota Kinabalu.

iii.     Ujian litar Robotracer di Shah Alam.

iv.    Bertanding untuk 3 pusingan bagi penentuan 10 pasukan terbaik berdasarkan kutipan markah (poin). Masa yang diberi ialah 3 minit setiap kali pusingan.

* Rujuk tentatif program

Pencapaian Penyertaan – keputusan penuh tidak dipamerkan oleh pihak penganjur. Hanya 10 pasukan terbaik dan pemenang sahaja yang diumumkan.
Penambahbaikan/cadangan I.            Pihak sekolah

Ø  Pihak sekolah sama ada melalui panitia Sains, Matematik atau Reka bentuk Teknologi menyediakan litar Robotracer lebih awal supaya murid boleh menguji robot masing-masing tanpa perlu bergantung dengan Petrosains.

Ø  Murid dibimbing oleh guru yang mahir dalam bidang pengkomputeran (coding) dan elektrikal supaya dapat membantu murid menangani sebarang masalah teknikal sama ada semasa pusingan kelayakan atau pertandingan akhir.

Ø  Memantapkan pasukan robotik di peringkat sekolah.

Ø  Memberi pededahan secara berterusan berkaitan bidang STEM terutama bidang kejuruteraan robotik.

II.          Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Ø  Menyediakan dana khas untuk menampung sebahagian perbelanjaan pertandingan si peringkat kebangsaan.

Ø  Memberikan sokongan penuh kepada pasukan sekolah dan melihat potensi bidang robotik dalam membangunkan minat murid terhadap bidang STEM.

 

Disediakan oleh

 

 

SITI MARIA LASANG

PENYELARAS KBAT

Disemak oleh

 

 

ZULFIQKAR ABD MUES

PK KOKURIKULUM

Disahkan oleh

 

 

NOORAINNIE ABDULLAH

GURU BESAR

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply