SK Tobobon Johan kuiz digital QUIZIZZ Sempena Karnival Bestari Sub PLC Bestari 4 Daerah Kota Kinabalu

Khamis 30 Ogos – Sub PLC Bestari 4 Sekolah Rendah telah menganjurkan pertandingan kuiz digital Kahoot dan Quizizz yang merupakan aktiviti kedua dalam Karnival Bestari 2018. Adik Hannan Nabila murid SK Tobobon telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan Quizizz. Puan Lorrendah Joseph selaku Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, UPMICT Kota Kinabalu telah menyampaikan hadiah kepada pemenang dan seterusnya merasmikan karnival tersebut. Pertandingan ini telah diadakan di SK Lok Yuk, Likas selaku tuan rumah aktiviti kedua Karnival Bestari Sub PLC Bestari 4 Sekolah Rendah daerah Kota Kinabalu 2018.

Be the first to comment on "SK Tobobon Johan kuiz digital QUIZIZZ Sempena Karnival Bestari Sub PLC Bestari 4 Daerah Kota Kinabalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar