Nabilah Bawa Kejayaan Buat SMK Inanam

Nabilah Bawa Kejayaan Buat SMK Inanam

Kejohanan Golf Sirkit 2 Kebangsaan KPM yang berlangsung di Royal Kampung Kuantan Golf Club, Selangor. Kejohanan kali ini merupakan pusingan ke dua selepas pusingan pertama yang berlangsung di Perak . Kejohanan ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Ogos 2018. Sabah telah menghantar 3 pemain lelaki dan 3 pemain perempuan dalam kejohanan kali ke dua ini.

Sepanjang kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu mempertemukan bakat-bakat muda berumur bawah 14 tahun dari seluruh Negara. Pada hari pertama kejohanan, pemain muda dari SMK Inanam ini mendahuluhi kejohanan dengan 78 pukulan berbanding pemain tuan rumah Selangor dengan kelebihan satu pukulan.
Bermain dalam cuaca yang agak panas dan berangin, kesilapan membuat pukulan di lubang terakhir pada hari ke 2 menyebabkan pemain in ketinggalan satu pukulan dari pencabar utama dari Selangor. Berdasarkan skor yang sama sepanjang dua hari, pemain Selangor dinobatkan sebagai Juara dengan kiraan OCB dan Nabilah dinobatkan sebagai Naib Johan dan tempat ke 3 pemain dari Kedah.

Keputusan Kejohanan Katogeri Perempuan Bawah 14 Tahun, Sirkit ke-2 Golf KPM di Selangor :
Johan : Kaathiyayani ( 161) – Selangor
Naib Johan : Nabilah Alifuddin (161)- Sabah
Ketiga : Savitta A/P Ramasamy ( 169)- Kedah

Berdasarkan persembahan yang konsisten sepanjang dua Kejohanan Sirkit Kebangsaan ini, harapan pemain muda ini untuk memburu kejuaraan mungkin akan tercapai sekiranya dia mampu mempamerkan persembahan yang cemerlang dalam pusingan terakhir yang bakal dilangsungkan di Royal Kuantan Golf Club di Pahang pada bulan September ini.

Sumber : En. Alifuddin Yusof

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply