Minggu Anti Dadah dan Program IMAN 2018

16 Ogos 2018: SMK Inanam dengan jayanya telah melaksanakan Minggu Anti Dadah dan Program IMAN 2018 dengan kerjasama PEMADAM Kota Kinabalu , Sabah. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu ini ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna kategori Pendidikan Khas dan pertandingan deklamasi sajak.

Kemuncak acara telah berlangsung pada hari ini dengan disertai oleh pameran agensi luar yang terdiri daripada Jabatan Penjara, Jabatan Kesihatan, PEMADAM dan Polis Diraja Malaysia Cawangan Narkotik. Pelajar dan guru-guru sangat beruntung kerana dapat melihat dengan lebih dekat pelbagai bahan-bahan berbahaya dan terlarang yang boleh membawa kepada jenayah berat.

Selain itu, pelajar turut dihidangkan dengan ceramah tentang hukuman sebatan yang telah disampaikan oleh Tn. Pg Hj. Zainal Bin Pg Hj. Ali, Pegawai Penjara Kota Kinabalu, manakala ceramah tentang dadah telah disampaikan oleh En. Lastin Garatam, Bendahari PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En. Abdul Mukti Muchlish, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKK, merangkap Pengerusi Biro PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu. Turut hadir adalah En. Ramli Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Murid, Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kota Kinabalu.

Majlis juga diserikan dengan deklamasi sajak bertemakan “Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah” yang telah disampaikan oleh adik Norfatiha bt Maklin (Johan) dan adik Warrant Nael William (Naib Johan).

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of