Jessica Keng Jia Hui, nama yang tidak asing lagi di arena squasy. Kejayaan terkini ratu squasy SMK Inanam ini adalah dengan menjuarai National Junior Championship, CIMB, bagi kategori perempuan bawah 19 tahun. Kejohanan ini telah berlangsung pada 9 hingga 12 Ogos 2018 di Ipoh, Perak.

 

Terdahulu, kejayaan Jessica dipersada antarabangsa ialah Tempat Kedua Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Hong Kong Perempuan Bawah 17 Tahun yang berlangsung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2018 di Hong Kong.

 

Pada 18 hingga 23 Julai 2018 pula, Jessica telah mendapat tempat ke 10, dalam kejohanan squasy, World Junior Individual Championship, Perempuan Bawah 17 Tahun di Chennai, India.

Beliau juga telah dinobatkan sebagai Juara Perempuan Bawah 18 tahun dalam Kejohanan Skuasy Remaja Macau pada 5 hingg 8 Julai 2018 di Centro de Bowling Macau.

Tahniah dan syabas buat Jessica!

Sumber : Pn. Pahawana a/p Nai Win

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan