9 Ogos 2018 – Guru Penyelaras Bestari Sub PLC Bestari 4 Sekolah Rendah telah menganjurkan Karnival Bestari. Aktiviti yang pertama adalah Bengkel / pertandingan MS Powerpoint yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru dan SK Tobobon diberi mandat untuk menjadi tuan rumah pertandingan. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Mohd Azlan bin Umpai, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru, Kota Kinabalu. Antara penceramah jemputan merangkap juri pertandingan adalah En Zhamzamiee Ghulam Rasul, Penolong Kanan Kokurikulum SK Inanam Dua bersama Pn Janisah Kindong, Guru Penyelaras Bestari SMK Tebobon, Kota Kinabalu. Seramai 14 orang peserta mengambil bahagian yang terdiri daripada 7 buah sekolah. SK Api-api muncul sebagai johan, manakala tempat kedua SK Gantisan dan ketiga SK Lok Yuk Likas.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan