SMKTTF NAIB JOHAN FORUM PERINGKAT KEBANGSAAN

Pasukan Forum SMK Taman Tun Fuad adalah Naib Johan Pertandingan Forum Remaja peringkat kebangsaan yang telah diadakan pada 26 Julai 2018. Keputusan ini berikutan kemenangan SMKTTF pada peringkat negeri Sabah 2018 yang telah diadakan pada 27-28 Jun 2018 di kampus INTAN Sabah. Adik Nur Fateha Ahmad Fauzi menerima anugerah pengerusi forum terbaik pada peringkat negeri dan kebangsaan. Puan Hajah Wanihim Othman, Pengetua dan Cikgu Connie C Ah Gang, Jurulatih, telah mengiringi Pasukan forum ini ke peringkat kebangsaan.

Spread the love

Be the first to comment on "SMKTTF NAIB JOHAN FORUM PERINGKAT KEBANGSAAN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*