Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK Sembulan

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Unit Hal Ehwal Murid SK Sembulan telah dirasmikan oleh Y.B. Awang Husaini bin Datuk Sahari MP Putatan dengan dihadiri oleh barisan pegawai pendidikan iaitu Tuan Gani Senang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Pn Hjh Marianah Mohd Yusuf Guru Besar SK Kolombong serta PIBG sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan perhubungan silaturrahim di kalangan barisan pendidik dengan PIBG sekolah serta memantapkan lagi kerjasama erat dengan badan-badan agensi luar bagi tujuan pembangunan SK Sembulan.

Y.B. Awang Husaini bin Datuk Sahari MP Putatan diiringi oleh Ybhg Pn Sabariah Haris Guru Besar SK Sembulan, Ybhg Tuan Gani Senang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Ybhg Pn Salmah Pengerusi PIBG SK Sembulan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1534990236611469&id=100003015226118

Be the first to comment on "Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK Sembulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar