Puteri Golf SMK Inanam Naib Johan Kejohanan Golf KPM 2018

Nabilah binti Alifuddin, 14 tahun, telah muncul sebagai Naib Johan Sirkit Pertama Kejohanan Golf KPM 2018 yang berlangsung di Kelab Golf Kinta, Perak. Dalam kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ( 25-26/6/2018),  seramai 6 orang pemain mewakili Sabah iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan. Pada hari pertama kejohanan, Nabilah telah berjaya membuat 75 pukulan 5 atas par. Beliau bermain dengan penuh konsisten pada hari terakhir dengan bermain 75 pukulan. Kejayaan ini meletakkan beliau dalam kedudukan Naib Johan keseluruhan kategori perempuan bawah 14 tahun sementara Johan telah dimenangi oleh pemain dari Pulau Pinang. Kejohanan Golf KPM 2018 peringkat ke 2 dan ke 3 pula akan berlangsung di Selangor dan Pahang.

Be the first to comment on "Puteri Golf SMK Inanam Naib Johan Kejohanan Golf KPM 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar