Persidangan Mini Parlimen SMJK Shan Tao dengan usul yang sangat menarik

Persidangan mini parlimen yang berlangsung selama 2 jam mulai jam 10 pagi di Dewan Father John Yong SMJK Shan Tao pada 7 Jun 2018, dimana membincangkan usul Penggunaan Tablet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh Parti Khidmat Shan dan Parti Belia Shan. Speaker persidangan ini ialah En. Paternus Marcus Mujamah. Ahli parlimen jemputan daripada SM La Salle Kota Kinabalu bertindak sebagai pemerhati. Antara objektif penggunaan tablet dalam PdPc adalah untuk memudahkan murid-murid akses maklumat dengan cepat dan tepat serta membuat rujukan secara atas talian dengan pantas, berinteraksi dan berkolaborasi tanpa had masa serta limit jarak. Usul-usul yang dibincangkan adalah tertumpu kepada Penggunaan Tablet dalam Pengajaran dan Pembelajaran seperti, jenis tablet, bilangan tablet, cara penyimpanan tablet, keselamatan perkakasan dan data, pelaksanaan WiFi seluruh sekolah serta kos keseluruhan projek. Usul ini juga mendapat sokongan daripada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah dan juga PIBG.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *