SMK LIKAS – Panitia Pendidikan Islam melalui Ketua Bidang Sains Sosial telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran di Dewan SMKL pada 6.Jun.2018 bermula jam 8.30 pagi.

Majlis yang dianjurkan setiap tahun pada bulan Ramadhan ini merupakan acara tahunan dan mendapat penyertaan yang memberangsangkan dari para pelajar.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua pelajar sesi pagi dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5 dan melibatkan semua guru.

Ceramah nuzul Quran juga turut diadakan bertajuk “Dimana Al-Quran dihatiku” yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Mohd Shahrizal Bin Sabal.Majlis ini berakhir pada jam 11.00 pagi.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan