Makan Malam Amal 2018 SMK LIKAS

Makan Malam Amal (MMA) Smk Likas telah dijalankan dengan lancar dan jayanya pada 13 Mac 2018. Program ini dijalankan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Nurul Iman,Smk Likas dan PIBG Smk Likas. Antara matlamat utama program ini dijalankan:

1. Mengumpul Dana bagi pembinaan Masjid Nurul Iman.

2. Membantu pelajar Smk Likas yang kurang berkemampuan.

3. Memberi peluang kepada masyarakat untuk bersedekah.

Antara pengisian majlis ini adalah pelancaran Tabung Wakaf Pembinaan Masjid yang akan dibina pada tahun 2020. Seorang selebriti dakwah terkemuka turut diundang untuk menyampaikan ceramah bertajuk “keluarga bahagia tunjang generasi gemilang“. Selain daripada itu,tetamu juga turut diserikan dengan persembahan Qasidah Nur-Musthoffa,Kumpulan Nasyid As-Syahadah Dan persembahan daripada pelajar Smk Likas.

Be the first to comment on "Makan Malam Amal 2018 SMK LIKAS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar