Bengkel Modul PdPc STEM , Kemahiran Abad ke-21 Kelas Tanpa Sempadan

Tarikh :

27 April 2018

Tempat :

Bilik Gerakan Utama SMK SANZAC, Kota Kinabalu

Bengkel Modul PDPC Stem ini telah dianjurkan oleh SMK SANZAC. Dalam bengkel ini, Encik Zainuddin Zakaria, penceramah jemputan telah membuat perkongsian tentang modul-modul (atau projek) PdPc STEM berkemahiran abad ke 21 yang bersifat kelas tanpa sempadan yang diusahakan oleh beliau. Antaranya ialah ‘Kodu Games in Classroom” dan “Skype in the classroom”.

Beliau telah menekankan bahawa pelajar mesti dididik supaya mahir belajar sendiri dengan memiliki kemahiran-kemahiran pembelajaran abad ke 21 iaitu “Collaboration, Knowledge Construction, Self regulation, Real world problem solving and innovation, Use of ICT for learning, and Skillful communication”

Encik Zainuddin Zakaria juga telah memperkenalkan satu modul PdPc melalui penggunaan Microsoft One Note. Ini bersifat satu platform bagi guru-guru untuk memuatnaikkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa. Perkongsian bahan-bahan pembelajaran daripada semua pengguna (pelajar) juga dapat dilakukan melalui platform ini.

Guru-guru telah mempelajari satu kemahiran membina modul PdPc STEM melalui Microsoft One Note  dan boleh dipraktikkan untuk mempelbagaikan proses PdPc bersama pelajar di sekolah.

Guru-guru sedang berbengkel menggunakan Microsoft One Note.

Guru-guru yang mencukupi bengkel.

Be the first to comment on "Bengkel Modul PdPc STEM , Kemahiran Abad ke-21 Kelas Tanpa Sempadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar