SK Kolombong dan SJK(C) Anglo Chinese | Hub My Digital Maker Champion School

Satu lagi langkah baru bakal mewarnai dunia pendidikan kita. Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan dan akan melaksanakan satu program My Digital Maker School bertujuan untuk membudayakan dunia pendidikan digital di sekolah . SK Kolombong Kota Kinabalu dan SJK(C) Anglo Chinese  terpilih  dalam kalangan 22 buah sekolah bertuah seluruh Malaysia yang akan mendapat prasarana dan latihan kemahiran digital di sekolah masing-masing. Sabah amnya dan Kota Kinabalu khususnya menjadi negeri dan daerah paling banyak wakil yang terpilih. Tahniah.

Penyampaian sijil Pelantikan sebagai HUB MyDigital Maker School telah disampaikan pada 22 Mei 2018 di Everly Hotel Putrajaya, oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Amin Senin. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua sekolah terpilih dan menyeru agar program ini benar-benar berjaya. Objektif untuk membudayakan kemahiran digital ini perlu dicapai, bukan hanya kepada sebahagian guru atau murid tetapi kepada seluruh warga sekolah juga kepada sekolah-sekolah berhampiran.

SK Kolombong Kota Kinabalu

SJK(C) Anglo Chinese

 

Empat buah sekolah dari Sabah. SK Kolombong Kota Kinabalu, SJK(C) Anglo Chinese Kota Kinabalu , SK Tinangol Kudat dan SMK Nambayan Tambunan bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Amin Senin dan Pegawai JPN En. Azmi Abd Hamid.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of