Sambutan Hari Guru Peringkat SK Tobobon

Selasa 15 Mei – Tema ‘Jika Aku Bukan Seorang Guru’ telah dipilih untuk sambutan hari guru peringkat sekolah pada tahun ini. Majlis yang dianjurkan oleh kelab staf ini telah dirasmikan oleh guru besar cemerlang SK Tobobon En Salleh Sulaiman. Turut hadir dalam majlis ini NYDP PIBG Encik Sakka dan Puan Zarina sebagai wakil AJK PIBG. Majlis sambutan dimeriahkan lagi dengan persembahan guru, murid, prasekolah dan wakil guru. Pakaian guru juga dipertandingkan. Selepas majlis sambutan di sekolah selesai, semua guru dan staf dijamu makan tengah hari di Hotel Grand Borneo. Penyampaian hadiah hari jadi bagi guru yang lahir pada bulan Mei juga disampaikan dalam majlis ini dan disamping acaramemotong kek. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderakenangan daripada Kelab Staf.

Be the first to comment on "Sambutan Hari Guru Peringkat SK Tobobon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar