Satu lawatan sambil belajar ke kilang K2 Life Water telah diadakan pada 6 hari bulan April, Jumaat. Seramai 105 murid tahun 6 dan 15 orang guru telah bertolak pada pukul jam 8.30 pagi. Apabila tiba di kilang tersebut, kami disambut dengan mesra oleh pekerja-pekerja K2 Life Water.  Pertama sekali, Kami didedahkan dengan langkah-langkah keselamatan dan syarat-syarat ketat yang mesti dipatuhi oleh semua pengunjung di kilang tersebut demi kebersihan produk-produk air yang dipasarkan di seluruh negeri Sabah. Murid-murid telah juga didedahkan dengan ilmu penapisan air dan cara-cara pembotolan air dengan menggunakan robot-robot yang canggih yang diimport dari negera Jepun. Kami berasa bertuah kerana berkesempatan mengunjungi kilang ini dan belajar tentang bagaimana air yang bersih yang mencapai tahap pengilangan ISO dihasilkan. Murid-murid berasa syukur kerana pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk menjayakan lawatan sambil belajar yang sedemikian. 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan