Famelab

Tarikh: 31 Mac 2018

Tempat: Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), Technology Park Malaysia, Bukit Jalil

Penganjur: MIGHT

Peringkat: Kebangsaan

Bidang: AKADEMIK/SOKONGAN AKADEMIK

Peserta: Cikgu Kuit Vui Ket

Pencapaian: Penyertaan

FameLab adalah pertandingan komunikasi sains terbesar dunia anjuran British Council, yang mensyaratkan peserta menggunakan masa tiga minit sahaja untuk bersyarah tentang satu konsep saintifik yang mengambil kira aspek kandungan, kejelasan dan karisma atau 3C (Content, Clarity, Charisma). Topik perkongsian Cikgu Kuit ialah “Fighting Depression”. Beliau telah mendapat bimbingan daripada Dr Shirley Tay Siew Hong, Pengetua Cemerlang JUSA C SMK SANZAC, Puan Elizabeth Foo dan Puan Syaifiza yang merupakan guru Pra-U untuk mata pelajaran MUET.

Peluang menyertai pertandingan ini memberikan pengalaman kepada guru untuk berkomunikasi tentang pengetahuan sains kepada khalayak ramai sekaligus memberi inspirasi kepada murid sekolah untuk mencabar diri sendiri untuk berkeyakinan dalam apa jua situasi.

TAHNIAH CIKGU KUIT KERANA MEWAKILI SMK SANZAC!

Cikgu Kuit telah menerima sijil penyertaan daripada British Council.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of