SMK Taman Tun Fuad Tuan Rumah Bengkel Kompos & EMAS

Pada 4 April 2018 bersamaan hari Rabu, SMK Taman Tun Fuad telah menjadi tuan rumah untuk Bengkel dan taklimat membuat Kompos dan EMAS bagi persediaan Pertandingan Sustainable Gardening tahun 2018 anjuran bersamaTo Earth With Love (TEWL) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK. Sebanyak 17 buah sekolah daripada Kota Kinabalu, Penampang, Membakut, Kota Belud dan Kudat yang telah menghadiri bengkel tersebut iaitu termasuk tuan rumah seperti SMJK Shan Tao, SMK Inanam, SM Stella Maris, SM St Francis Convent, SMK Pulau Gaya, SM St Peter Telipok, SM La Salle, SMK Agama KK, SMK Kolombong, Sm St Michael, SMK Limbanak, SMK Tansau, SMK Bahang, SMK Arshad dan SMK Kudat II.

Wakil PPD KK iaitu Pn. Sharifah Hj Ali, DBKK pula diwakili oleh En Christopher Johniu dan rombongan serta En Deric Chiew iaitu Pengerusi TEWL dan rombongan turut serta menghadiri bengkel dan taklimat tersebut. Pn hajah Wanihim telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya taklimat daripada Cik Margaret Chin daripada TEWL tentang peraturan Pertandingan Sustainable Gardening bagi tahun 2018. Penyampaian EM-1 turut disempurnakan oleh En Deric kepada setiap sekolah yang menghadiri dan disusuli oleh demonstrasi membuat EMAS yang diketuai oleh Pengetua SMKTTF dan dibantu oleh murid-murid SG SMKTTF. Peserta-peserta bengkel turut berpeluang emmbuat EMAS masing-masing untuk dibawa balik ke sekolah. Selepas itu, program dismabung dengan bengkel membuat Kompos oleh En. Jimru Sangin dan murid-murid SG di tapak kompos berdekatan ‘Dumoh Susumuni’ SMKTTF. Acara bergambar turut dijalankan untuk mengabadikan kenangan bersama dan semoga perkongsian ini akan dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar ke arah melestarikan alam sekitar.

KreditLaporan & Gambar: Puan Susie Ivangella Doivit

Be the first to comment on "SMK Taman Tun Fuad Tuan Rumah Bengkel Kompos & EMAS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar