Temasya Sukan Olahraga SK Tobobon

Rabu 28 Mac, SK Tobobon sekali lagi telah mengadakan temasya sukan olahraga bagi mencungkil dan mempamerkan bakat murid dalam bidang kokurikulum. Wakil daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu En Masdi Ahmad Mus telah merasmikan temasya gilang gemilang tersebut. Rumah merah telah merangkul gelaran juara keseluruhan diikuti dengan rumah kuning dan biru. Pasukan perbarisan rumah hijau sekali lagi berjaya mempertahankan gelaran johan perbarisan diikuti dengan rumah kuning dan biru, manakala johan perbarisan unit beruniform sekali lagi disandang oleh PPIM diikuti oleh pengakap dan PPT. Adik Mohd Adib Danial telah dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati disandang oleh adik Nur Adriana Batrisyia Mohd Noor.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of