Nabilah Keempat Terbaik Golf MSSM

Kejohanan Golf MSSM telah berlangsung pada 20 hingga 22 Mac 2018 di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah. Dalam kejohanan tersebut, Sabah telah menghantar 18 pemain bagi mewakili semua kategori yang dipertandingkan. Bintang yang makin bersinar dari SMK Inanam, Nabilah Binti Alifuddin telah menyertai kejohanan tersebut bagi kategori Perempuan Bawah 15 Tahun. Sepanjang kejohanan berlangsung, beliau telah bermain dengan skor 80 pada hari pertama, skor 77 pada hari kedua dan skor 76 pada hari ketiga. Pencapaian ini telah meletakkan beliau pada kedudukan keempat dalam senarai 10 pemain terbaik. Semoga beliau akan terus cemerlang di masa hadapan. Syabas dan tahniah!

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of