Menepati ramalan, apabila ratu squasy SMK Inanam, Kota Kinabalu, Jessica Keng Jia Hui, sekali lagi menggondol pingat emas dalam acara Individu Perempuan Bawah 18 Tahun di Kejohanan MSSM, Melaka. Beliau yang belum lagi genap usia 16 tahun, mengecapi kejayaan bersejarah ini apabila menewaskan pemain seusianya, Noor Ainaa Ampandi, dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam pertarungan sengit 5 set. Dengan kemenangan terkini ini, beliau telah melengkapkan rekod emas Sabah dan catatan peribadinya dalam acara squasy MSSM iaitu kategori Bawah 12 Tahun (2014), Bawah 15 Tahun (2017) dan Bawah 18 Tahun (2018).

Please follow and like us:

Leave a Reply