1 Feb 2018, telah berlangsung  Majlis Perasmian dan Penutupan Kejohanan Skuasy dan Renang MSSS Sabah yang dirasmikan oleh YB Datuk Haji Zakaria Bin Haji Mohd Deris di Kompleks Sukan Sandakan. Pasangan adik beradik dari SMJK Shan Tao iaitu Rachel Richard Gabil telah mendapat Naib Johan P15 bagi acara individu dan juga Johan Berkumpulan P15. Fernando Richard Gabil mendapat tempat ke-3 L15 bagi acara individu dan Naib Johan kategori Berkumpulan L15. Manakala Raja Faiezatul Iman Raja Azhar mendapat Johan Berkumpulan P15.  Rachel dan Fernando akan mewakili Sabah ke Kejohanan Skuasy MSSM pada bulan Mac nanti. Pasukan Skuash Kota Kinabalu telah berjaya mendapat Johan bagi kategori Perempuan Bawah 12, 15, 18, kategori Lelaki Bawah 12 & 18 serta Naib Johan Kategori bawah 15 tahun bagi acara berkumpulan. Diharap pemain yang akan mewakili Sabah dapat membawa balik lebih banyak pingat MSSM.​

Please follow and like us:

Leave a Reply