20180224-26 MSSS Gimnastik

SK Stella Maris(M) sekali lagi menjadi tuan rumah kepada MSSS Gimnastik. Sekolah kita telah menghantar beberapa ahli gimnas termasuk Tyler Jordan Lajanty, Chloe Love Lajanty, Calvince Prince Charles, Calyssa Eva Giana Charles, Nur Alya Safiah dan Dayang Syahdina. Murid-murid ini dibimbing oleh Cikgu Noraini Jamlan yang juga merupakan pengerusi teknik negeri dan jurulatih kepada murid-murid ini. Cikgu Siti Noorsuhana merupakan pengerusi teknik peringkat bahagian.

Tyler Jordan Lajanty mendapat tempat ke5 dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Pahang pada bulan Mac.

Lebih-lebih lagi, Kontingen Barat mendapat johan keseluruhan untuk MSSS Gimnastik sekali lagi. Kontingen Sandakan mendapat nombor dua manakala Kontingen Pedalaman mendapat tempat ketiga.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of