BENGKEL PENGURUSAN KO-KURIKULUM

Tarikh: 24 Februari 2018

Hari: Sabtu

Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat: Bilik Gerakan/Mesyuarat Utama

Jemputan: Tuan Adli bin Haji Mahali,

Ketua Unit Pembangunan dan Sumber Manusia PPD Kota Kinabalu.

Puan Suzana Awang Husin,

Penyelia Kokurikulum PPD Kota Kinabalu

Peserta: 100 guru penasihat unit Gerko ( 12 peserta dari SM St.Francis, Lok Yuk dan Maktab Sabah )

Matlamat bengkel ini adalah untuk memberi  kesedaran dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran guru mengurus semua aspek yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Berikut merupakan objektif bengkel ini dilaksanakan.

  1. Mengasah kemahiran mengurus organisasi dalam kalangan guru
  2. Meningkatkan pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti
  3. Meningkatkan tahap kualiti pengurusan organisasi dalam kalangan guru berdasarkan SKPMg2
  4. Membina kerjasama erat dalam kalangan guru dan pentadbir mengurus aktiviti kokurikulum
  5. Meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab, intergriti dan kebolehlaksanaan program dalam kalangan guru.

Dengan harapan program ini akan mencapai objektif dan matlamatnya. Semoga selepas ini sistem pengurusan dan pelaksanaan program kokurikulum di SMK. SANZAC akan lebih efisien dan mantap, selari dengan standard kualiti yang ditetapkan di dalam SKPMg2, iaitu membentuk sekolah yang berkualiti dan sumber tenaga manusia ( guru ) yang lebih cekap dan berkemahiran serta berilmu pengetahuan.

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, EN. SAPRI BIN LAKIM SEDANG MENYAMPAIKAN TAKLIMAT.

PESERTA BENGKEL PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK SANZAC

TAKLIMAT SKGMP2 OLEH TUAN ADLI BIN HJ. MAHALI,

KETUA UNIT PEMBANGUNAN DAN SUMBER MANUSIA PPD KOTA KINABALU.

Spread the love

1
Leave a Reply

Please Login to comment
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Noorsiba Mohd Salleh Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Noorsiba Mohd Salleh
Guest
Noorsiba Mohd Salleh

Tahniah…. perkongsian ilmu yg sgt bermanafaat kpd semua..