2 orang murid SK Tobobon terpilih mewakili bahagian ke peringkat negeri dalam kejohanan Bola Baling

Sabtu 13 Februari 2018 – Kejohanan Bola Baling MSSB Barat Anjuran PPD Penampang telah diadakan d Borneo Sport Arena Kolombong selama 2 hari, iaitu 12 dan 13 Februari. Kategori Lelaki (SR dan SM) dan Perempuan SR daerah Kota Kinabalu menjuarai kejohanan, manakala Perempuan SM mendapat tempat ketiga. Daerah Kota Kinabalu telah merangkul johan keseluruhan. Adik Yumni Razak dan adik Md Arif Azzarqawi murid SK Tobobon telah terpilih mewakili bahagian ke peringkat negeri yg akan berlangsung di Beaufort pada 6 hingga 9 Mac nanti. Kontinjen daerah Kota Kinabalu diketuai oleh En Ag Idris Ag Sulaiman selaku PT Bola Baling daerah Kota Kinabalu.

Be the first to comment on "2 orang murid SK Tobobon terpilih mewakili bahagian ke peringkat negeri dalam kejohanan Bola Baling"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish
Skip to toolbar