(SK INANAM LAUT: 1 FEBRUARI 2018) : Taklimat Program Ginavoku LINUS 2.0 peringkat sekolah telah dijalankan di Bilik Raudah SK Inanam Laut. Taklimat yang bermula jam 11.00 pagi itu telah dihadiri oleh Guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1, 2, 3, dan juga guru-guru kelas tahun 1.

Taklimat program disampaikan oleh cikgu Magretta Mathew. Program Ginavoku LINUS 2.0 ini adalah Program Kolaboratif Fasilinus dengan Guru pemulihan Khas Linus (GPKL). Antara objektif program adalah “mensifarkan” LINUS konstruk 1 dan Konstruk 2 (K1, K2) Literasi Bahasa Melayu di kalangan murid-murid tahun 1. Program ini akan bermula 5 Februari.

Semoga usaha murni ini akan mendapat sokongan ibu bapa murid agar pelaksanaan program berjalan lancar dan membuahkan hasil yang diimpikan. Tahniah kepada Penolong Kanan Petang dan guru-guru sesi petang yang sentiasa memberikan kerjasama dalam semua program sekolah.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan