(INANAM: 31 JANUARI 2018) Pasukan lelaki Sekolah Kebangsaan Inanam Laut (SKIL) mendapat tempat ketiga dalam pertandingan bola baling peringkat MSSD Kota Kinabalu. Dalam penentuan tempat ketiga dan keempat itu, pasukan SKIL menang ke atas pasukan SK Kepayan dalam perlawanan yang sungguh dramatik. Keputusan terpaksa dibuat melalui “lambungan syiling” setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa tambahan dan juga “balingan penalti”.
Tahniah dan syabas kepada Penolong Kanan Ko-kum, cikgu Zulfikqar, jurulatih cikgu Eric, pengurus pasukan dan pemain-pemain pasukan lelaki.