(SK INANAM LAUT: 5 FEBRUARI 2018) : Unit ICT SK Inanam Laut telah menganjurkan Ceramah Peningkatan VLE Frog di kalangan guru, murid dan ibu bapa SK Inanam Laut. Ceramah ini disampaikan oleh Mohd Damsa bin Dahlan dari Syarikat Uniqliq yang dilantik oleh KPM untuk Program 1bestarinet fasa 2 pengaktifan VLE Frog. Program ini ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang mempunyai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

