29 JANUARI 2018 – Seramai 40 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai PPD Petaling Perdana, guru-guru besar dan guru-guru sekolah Petaling Perdana telah membuat lawatan ilmiah ke SK Tanjung Aru II baru-baru ini. Rombongan diketuai oleh Encik Abdul Ghaffar Bin Bakar, Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Perdana dengan iringan Encik Ismail Bin Ali Hassan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Kinabalu. Ketibaan rombongan lawatan ini disambut dengan persembahan jolly phonic oleh murid-murid Tahap 1, sesi penggambaran, taklimat dan tayangan video profil sekolah, sesi soal jawab bersama pentadbir sekolah dan ‘SKTAII Tour’ iaitu lawatan ke bilik-bilik khas, HIP, The Greatwall of SKTAII, pameran PLC dan Inovasi.

Please follow and like us:

Leave a Reply