Guru Besar lima buah sekolah dari kiri Tuan Haji Ahmad Sabari bin Kamari Guru Besar Madrasah AlMubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Tn Haji Abd Gahni Mohd Kassim Guru Besar SK Tg Aru 1, En Hambali Hj Shuib Guru Besar SK Kolombong, Tn Haji Jaafar Othman Guru Besar SK Bukit Padang dan En. Faizul Yusuf GPK Pentadbiran dan Kurikulum SBT Sri Gaya.

31 Januari 2018 mencatat sejarah apabila termeterai satu ikatan kerjasama antara 5 buah sekolah rendah dalam daerah Kota Kinabalu. Program “School Strategic Partnership” ini merupakan satu program kolaboratif antara 5 buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Kolombong, Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi Sri Gaya, Sekolah Kebangsaan Bukit Padang, Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 dan Madrasah Al-Mubarak, Masjid Bandaraya. Program anjuran Sekolah Kebangsaan Kolombong (SKK) ini adalah kesinambungan daripada program tahunan pengantarabangsaan yang dilaksanakan oleh SKK sejak 2013.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman.

Objektif program ini adalah:

2.1 Membina jaringan kerjasama terutamanya dalam bidang pendidikan
2.2 Mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga sekolah
2.3 Perkongsian amalan terbaik PDPC dalam kalangan warga sekolah
2.4 Menerapkan dan meluaskan budaya Pembelajaran Abad ke-21 di luar bilik darjah

Guru-guru besar dan semua yang hadir merakamkan foto kenang-kenangan sempena majlis tersebut

Pengurus program En Mohd Daud Hj Ahmad Sabari turut membentangkan aktiviti  berfokus kepada pemantapan profesion guru dan kemenjadian murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah. Semua program yang telah dirancang akan dijalankan sepanjang tahun.

Leave a Reply