MSSD Merentas Desa di SMK Taman Tun Fuad
Dalam MSSD Merentas Desa, seramai 10 orang murid yang telah mengikuti acara ini dan diiringi oleh 2 orang guru, En Razali Azizul dan Puan Chang Chin Mee.
Sekolah kita telah mencapai kejayaan yang membanggakan di mana 2 orang murid kita telah membolot tempat pertama dalam kategori bawah 12 tahun lelaki dan perempuan. Selain itu, seorang murid perempuan mendapat tempat ke-14.
Filbert dan Aida mewakili sekolah untuk ke peringkat MSSB yang diadakan di Ranau.
Filbert Philmond Patrick (Tempat Pertama untuk Kategori Bawah 12 tahun Lelaki)
Sandra Lisa Fredrick (Tempat ke-14 untuk Kategori Bawah 12 Tahun Perempuan)
Aida (Tempat Pertama untuk Kategori Bawah 12 Tahun Perempuan) |
MSSB Merentas Desa di Ranau
Dalam MSSB Merentas Desa, murid kita mendapat tempat sagu hati. Namun begitu, mereka mendapat banyak pengalaman di sana.




