MESYUARAT PENUBUHAN PIBK SK INANAM LAUT

(SK INANAM LAUT: 16 JANUARI 2018): Mesyuarat penubuhan Penglibatan Ibu bapa dan komuniti (PIBK) SK Inanam Laut telah dijalankan di Bilik Raudah SK Inanam Laut. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 18 orang termasuklah guru besar, para penolong kanan SKIL dan ibu bapa.

Agenda mesyuarat turut menyentuh tentang kerjasama dan perhubungan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah.

Senarai nama kehadiran mesyuarat:

Info PIBK:

PIBK merupakan sebahagian daripada elemen di dalam Program SARANA SEKOLAH. Program ini dapat meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dengan sekolah khasnya ibu bapa dan komuniti. Melalui PIBK, sekolah dan ibu bapa mempunyai tanggung jawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid. Ia juga memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka. Info lanjut boleh dirujuk SPI 4/2004 dan Sub Peraturan 7(2).

Be the first to comment on "MESYUARAT PENUBUHAN PIBK SK INANAM LAUT"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar