SK Pomotodon, Inanam telah menyertai Program Team Building dikelolakan oleh SK Tanjung Aru 2 pada 26 -27 Januari 2018 di Pusat KoKurikulum Kem Malanggang, Kiulu. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian, YM IR Datu Jamigul Bin Hj. Datu Salin. Antara intipati program ini adalah untuk membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi. Peserta juga dapat mendorong dan memotivasikan diri serta rakan lain untuk sentiasa bekerja dalam semangat berpasukan yang jitu dan padu.


Please follow and like us:

Leave a Reply