19 Januari 2018 – SK Inanam Dua. Acara Sukaneka tahun 1 menjadi acara akhir minggu transisi tahun 1. Minggu transisi yang berlangsung selama 3 minggu bermula 2 Januari 2018 bertujuan memberikan penyesuaian di kalangan murid-murid tahun 1 yang mula melangkah ke alam persekolahan. 

Berlatarbelakangkan pendidikan awal di tabika yang berlainan membolehkan murid-murid mengenali rakan-rakan mereka yang lain selain mengenali lokasi-lokasi di sekolah. 

Diharapkan pelaksanaan minggu transisi ini dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk terus belajar dalam suasana yang baru.

Please follow and like us:

Leave a Reply