SURAT PEKELILING IKHTISAS DAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2018 dan Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kegunaan tahun 2018 telah diluluskan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) bagi menggantikan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 18/2015: Pelaksanaan Rintis Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) di Sekolah Pada Tahun 2016 bertarikh 3 Disember 2015 dan Garis Panduan Pelaksanaan DLP Tahun 2015.

3. Sehubungan dengan itu, disertakan salinan lembut untuk rujukan Pegawai Meja DLP bagi penyediaan penataran ke sekolah. Salinan keras kedua-dua dokumen akan dihantar kepada Pengarah setiap JPN untuk perhatian dan tindakan seterusnya.

4. Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBrs. tuan boleh menghubungi Puan Audrey Lim Bee Yoke di talian 06-7979008.

Sekian, terima kasih.

Urus Setia DLP 2018.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan