PROGRAM GOTONG-ROYONG

SEK. MEN.KEB SANZAC

 

TARIKH: 10 FEBRUARI 2018 (SABTU)

Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC telah mengadakan Program Gotong-royong di sekitar kelas dan bilik-bilik khas. Program ini telah dapat mengeratkan semangat bekerjasama antara warga sekolah dan menaiktaraf kebersihan dan keceriaan sekitar kelas dan bilik-bilik khas.

Objektif :

 

1) Mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara warga sekolah dengan komuniti selaras dengan kehendak SKPMg2 pada standard kualiti 2.6.1 iaitu merancang dan melaksanakan program yang berteraskan perpaduan.

2)Mewujudkan kelas yang lebih ceria dan harmonis untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Negara.

3) Menceriakan persekitaran kelas dan sekolah seiring dengan motto kelas Pembelajaran Abad ke-21.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM GOTONG-ROYONG SMK SANZAC

 

Pengerusi I: Dr. Shirley Tay Siew Hong ( Pengetua Cemerlang JUSA C)

Timb. Pengerusi I: En. Awang Deramat b. Haji Awang Matiassin

Timb. Pengerusi II: En.Kamal b. Buyong

Naib. Pengerusi I: Pn.Hajah Noraini bt. Abdullah

Naib Pengerusi II: En. Sapri b. Lakim

Naib Pengerusi III: En. Sofizul Anizam b.Yusof

Penyelaras: Pn. Fatmah bt. Sidek

Setiausaha: Pn. Nurul Husna bt. Baharuddin

Pen. Setiausaha: Pn. Norjuliana Nordin

JK Siaraya: En. Lee Su Tat

JK Disiplin: En. Norismairwan b. Ismail dan En. Sudirman Sinti

JK Dokumentasi/ Laporan: Pn. Norjuliana Nordin dan Cik. Merhalyn bt. Ansawi

JK Fotografi: En. Alfian b. Dualin dan En. Abrizan b. Abdawah

JK Keselamatan: Tn. Haji Yamin b. Haji Ediris, Pn. Haslinda bt. Awg. Hashim dan En. Pg. Ezaddin b. Pg. Zainal Abidin

JK Kebersihan/ Keceriaan: Semua Guru Kelas, Pembantu Guru Kelas dan murid-murid

JK Makanan/ Minuman: Pn. Siti Aishah bt. Saliudin

Laporan Program

 

Pada 10 Februari 2018 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC telah mengadakan Program Gotong-Royong di sekitar kelas dan bilik-bilik khas. Program ini bertujuan untuk mengeratkan semangat bekerjasama antara warga sekolah dan menaiktaraf kebersihan dan keceriaan sekitar kelas dan bilik-bilik khas. Pada pukul 7.00 pagi murid-murid telah berkumpul di Dewan terbuka untuk mendaftar kehadiran, mendengar taklimat Program dan melakukan senaman aerobik.

Pada pukul 8.00 pagi, murid-murid dan guru-guru bergerak ke tempat lokasi masing-masing yang telah ditetapkan dan aktiviti gotong-royong dimulakan. Lokasi-lokasi tersebut ialah bilik khas tekvok, bilik khas Sains, Makmal Bahasa, Pusat Sumber, Surau, Bilik Guru Disiplin, Pejabat Am, Galeri ANZAC, Blok ANZAC, Papan kenyataan Gerko, Koperasi, Bilik Alatan Sukan, Bilik Guru Petang, Bilik Guru Pagi, Bilik Guru Ting. 6, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Kelas-kelas, Pondok Kitar Semula, Dewan Tertutup, Dewan terbuka, Teratak Agathis, Teratak Sri Perak dan Bilik PPDA.

Pada pukul 11.00 pagi aktiviti gotong royong ditamatkan. Program ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang serta memberi manfaat kepada semua murid dan guru.

Aktiviti Senamrobik oleh murid dan guru sebelum aktiviti gotong-royong dijalankan.

Aktiviti melakukan pembaikan meja yang rosak oleh YDP PIBG dan Pengerusi Alumni SMK SANZAC.

Aktiviti membersihkan dan menceriakan kelas dan bilik khas oleh guru dan murid.

Membersihkan makmal dan stor sukan oleh murid yang ditugaskan.

Aktiviti membuang dan memungut sampah oleh DBKK.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan