Highlight Bulan Ini  

 

Info Terkini Unit

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form
Posted by on in Sub PLC Pengurusan Maklumat
  • Font size: Larger Smaller
  • Hits: 2331
  • 1 Comment
  • Print

SEKOLAH KEBANGSAAN GENTISAN SUB PLC MAKLUMAT 4 SEKOLAH RENDAH MENDAPAT PINGAT PERAK KESELURUHAN PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN - 28TH INTERNATIONAL INVENTION & INNOVATION EXHIBITION (ITEX) 2017 di adakan di KLCC 10-13 Mei 2017

 

 

PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN - 28TH INTERNATIONAL INVENTION & INNOVATION EXHIBITION (ITEX) 2017 di adakan di KLCC 10-13 Mei 2017

Cikgu Ebon yang juga Guru Data Maklumat SK Gentisan PPD Kota Kinabalu sedang membuat penerangan berkaitan sistem pengurusan maklumat yang dipertandingkan.



Sedikit ringkasan berkaitan dengan inovasi maklumat ini 

Kajian ini menggunakan aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam menentukan tapak letakan sekolah rendah baharu di Sabah khusus di kawasan Kota Kinabalu. Satu kaedah menyeluruh digunakan bagi menentukan tapak sekolah rendah di Malaysia khususnya di Sabah. Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk membangunkan Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi bagi sekolah di bandar Kota Kinabalu. Lebih daripada 15 parameter telah digunakan bagi membantu penyelidik mengenalpasti letakan terbaik tapak sekolah baharu di Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan Multi-Criteria Decision Support System (MCDSS) dan Analytical Hierarchical Process (AHP). Analytical Hierarchical Process menggunakan Pairwise comparison matrix, ia digunakan bagi membangunkan kombinasi parameter yang sesuai dalam membantu MCDSS. Sistem ini merupakan satu inovasi dan kaedah baharu dalam menilai tapak sekolah baharu berbanding dengan kaedah digunapakai sekarang yang bergantung kepada laporan daripada agensi-agensi kerajaan dan kaedah pemantauan tapak lain tanpa penilaian yang menyeluruh kepada parameter-parameter yang berkaitan. Hasil daripada kajian tersebut sebuah pangkalan data SMG telah dibangunkan dan dimanipulasi dengan dua kaedah di atas bagi menganalisis kesesuaian tapak dan menghasilkan paparan peta akhir menunjukkan kawasan-kawasan yang sesuai dengan pembinaan sekolah baharu. Keberkesanan pemilihan tapak dan penyediaan kemudahan awam ini memperbaiki taraf hidup pada masa yang sama meningkatkan keselesaan pengguna khususnya kumpulan sasaran.



Tahniah Sekolah Kebangsaan Gentisan, Kota Kinabalu dengan pencapaian ini.

Rate this blog entry:

Comments

  • Elsie S Giluk Monday, 29 May 2017

    Excellent Job SK Gentisan

Leave your comment

Guest Monday, 21 August 2017

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT