Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form
Posted by on in LINUS
  • Font size: Larger Smaller
  • Hits: 115
  • 0 Comments
  • Print

DIALOG PRESTASI LINUS2.0 (SCHOOL-BASED) ~ SK GUDON

TARIKH : 06.02.2015 (JUMAAT)

MASA : 2.00 - 4.30 p.m.

SEKOLAH : SK GUDON, MENGGATAL

~ DIALOG PRESTASI LINUS2.0 BIL1 /2015(SCHOOL-BASED) SK GUDON ~

 

                 Selepas bimbingan dan pencerapan yang telah dilaksanakan oleh FasiLINUS pada 26.01.2015 yang lalu, guru-guru telah bersetuju untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai bagi mengadakan Dialog Prestasi LINUS2.0 yang pertama di sekolah tersebut.  Objektif utama dialog ini adalah untuk mengetahui sejauh mana guru mengetahui dan mengenal pasti perkembangan murid-murid yang tidak menguasai terutamanya murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3.  Dialog ini juga membolehkan guru-guru berkongsi perancangan dan intervensi yang dibuat bagi mencapai KPI sekolah.

 

               Kesimpulannya, FasiLINUS ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang telah berusaha dengan gigih bagi melaksanakan dialog tersebut.  Guru-guru telah memberikan respon yang amat memberangsangkan di mana mereka tahu dan kenal murid-murid yang perlu dibimbing berdasarkan headcount yang telah dibuat.  Banyak persoalan yang timbul dapat diperjelaskan dan perkongsian idea dilaksanakan dengan baik. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pn Ana Salwa atas semangat beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai penyelaras.  Pemimpin sekolah juga iaitu Pn Ainih Hj Omar harus diberikan pujian kerana telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam mensifarkan LINUS di sekolah tersebut.  Selamat Maju Jaya SK Gudon! ~~

 

 

                      

Rate this blog entry:
0

Comments

  • No comments made yet. Be the first to submit a comment

Leave your comment

Guest Sunday, 24 May 2015
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT